Rabu, 2 November 2011

hari pertama di ptss

Pada tanggal 29 Disember 2010 adalah tarikh hari pertama saya mendaftarkan diri di PTSS setelah setahun saya menunggu untuk melanjutkan pelajaran selepas SPM. Setahu saya PTSS adalah poli yang terbesar di Malaysia. Pada pagi itu, abah,mak dan adik yang menghantar saya ke ptss. Kami bertolak pada pukul 7 pagi dan tiba pada pukul 8 pagi. Saya berasa sangat gementar. Setibanya saya di PTSS, saya lihat ramai orang sudah hadir untuk mendaftarkan diri bagi sesi yang sama dengan saya. Pada mulanya saya takut kerana saya tidak mengenali sesiapa pun di sini. Mak menemani saya ketika saya mendaftarkan diri untuk mendiami kamsis. Saya dapat bilik asrama di blok B4. Mak, abah dan adik yang membantu saya membawa barang-barang saya ke bilik. Perjalanan dari tempat meletak kenderaan ke bilik saya agak jauh. Setibanya di bilik, mak membantu saya mengemas barang-barang saya. Kami berkenalan dengan rakan-rakan sebilik saya. Saya menduduki bilik yang didiami oleh 4 orang. Selepas itu semua ibu bapa di minta untuk pergi ke dewan untuk mendengar taklimat untuk waris kepada pelajar PTSS. Selepas itu, tiba masanya untuk semua ibu bapa pulang. Saya berasa sangat sedih kerana saya tidak pernah berpisah dengan keluarga saya. Saya melihat mak dan abah balik dengan hati yang berat. Kami pula di minta untuk meneruskan minggu orientasi kami. Itulah bermulanya saat-saat pertama kami di PTSS. Kami di beri taklimat oleh fasilitator kami sebelum memulakan aktiviti kami. Aktiviti yang dijalankan begitu memenatkan dan berlanjutan sehingga lewat malam. Itulah hari pertama saya di PTSS.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan